Sebuah cerpen pendek yang sesuai dibaca jika ada memang sayangkan ibu.
Wajib baca! Cerpen ini walaupun pndek,tapi mmpu menyedarkan kita betapa
seorang insan bernama ibu itu adalah insan pling sempurna dalam
kehidupan kita.
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak
dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di
mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan
hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di
depan pintu.
Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet
main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat
balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan
setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana
sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak
akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum
berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak,
Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak
Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak
usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti
mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak
diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak
tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak
Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis
tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling
gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka
warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa
naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam.
Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak
tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak
suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun
raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat
berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh
koci kamu ni.”
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak
sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil
dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah
Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak
rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak
jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat.”
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di
hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat
saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah
sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak
merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih
ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah
beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah
hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa
kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak
boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang
selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak
semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh
di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka
tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak
sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak
Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah
itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap
waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati
anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik , “Mana mak?” “
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah,
Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat
Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang
kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok
Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh
koci buat bekal.”
“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.
* hargailah ibu ada jika da masih didunia. Doakan dia jika d sudah
menghadap yng maha esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lma anda tak
telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya
khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira.
Rabu, 19 September 2012
Rabu, 12 September 2012
kisah pilu seorang ibu
Kisah Pilu Seorang Ibu
Saya mengenal seorang ibu, Ibu ini memiliki kehidupan yang sederhana. Namun, dibalik kesederhanaannya, beliau bisa menghasilkan anak-anak yang berprestasi dan membanggakan. Anak-anak beliau memiliki kehidupan yang mapan dan karir yang bagus. Tetapi, beliau tetap dalam kesederhanaannya, hidup menyendiri di rumah tuanya dan tidak ingin menyusahkan anak-anaknya.
Ibu ini aktif dalam beberapa organisasi. Ia juga berpikiran terbuka dan lantang dalam menyampaikan pikirannya.
Suatu hari, si ibu memiliki suatu hasrat. Ada sesuatu yang beliau inginkan. Namun, beliau tidak bisa memilikinya. Maka, ia minta tolong pada salah satu anaknya agar dapat membantunya mendapatkan apa yang beliau inginkan. Anaknya itu tidak bisa membantu. Si anak juga mengatakan bahwa lebih baik tidak usah saja karena si anak juga tidak membeli barang tersebut. Saya tidak tahu bagaimana ceritanya, tetapi sempat terjadi perselisihan saat itu (menurut cerita si ibu). Perselisihan kecil memang.
Keesokan harinya, si ibu mendatangi si anak. Si ibu melihat bahwa si anak ternyata membohonginya. Si anak jadi membeli barang tersebut tanpa mengatakan kepada si ibu.
Si ibu agak kecewa karena anaknya sendiri mengatakan tidak akan membeli barang itu sebelumnya. Kemudian, timbul masalah-masalah lainnya. Hingga suatu hari si ibu menangis terisak-isak setelah berselisih dengan anaknya. Si ibu bercerita bahwa anaknya, anak yang telah dibesarkannya, telah membentak dirinya. Si ibu juga mengatakan betapa sakit hatinya mendengar kata-kata anaknya itu. Beliau bercerita sambil menangis terisak-isak. Beliau bercerita tentang kehidupan si anak dari masa kecilnya dan pengorbanan yang telah beliau lakukan untuk anak-anaknya. Namun ternyata, setelah beliau tua, setelah anak-anaknya sukses, perlakuan itu yang diterima oleh beliau.
Saya tidak bisa menghakimi si anak karena saya tidak tahu bagaimana ceritanya dari versi si anak. Tetapi, saya sempat membayangkan jika itu terjadi pada ibu saya. Jika suatu saat, walau tanpa sengaja, saya membuat ibu saya menangis dan kecewa, alangkah celakanya hidup saya. Saya pun sempat menitikkan air mata pada saat mendengar cerita ibu tersebut karena saya juga membayangkan hal yang sama terjadi pada ibu saya.
Sungguh, alangkah celakanya seorang anak jika ia sampai membuat hati orangtuanya terluka. Apalagi hati seorang ibu, ibu yang membesarkannya! Bahkan, dalam Islam pun diajarkan kepada kita untuk menghormati orangtua, terutama ibu. Ingat pertanyaan seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi Muhammad, “siapa yang harus kita hormati di dunia ini ya Rasulullah?”
Nabi pun menjawab, “Ibu”
Nabi menjawab seperti itu sebanyak 3 kali, baru kemudian Nabi mengatakan “ayah”.
Dan di agama dan kepercayaan apapun, saya yakin, kita diharuskan untuk hormat kepada orangtua, menjaga perasaan mereka, dan tidak berkata-kata kasar kepada mereka. Bahkan di dalam Islam, mengatakan “hah” saja kepada orangtua dilarang.
Saya tahu, saya juga pernah menyakiti hati orangtua saya, saya juga pernah membuat ibu saya menangis dan kecewa. Namun, saya amat sangat berharap agar kejadian itu tidak pernah terulang lagi. Dan jika nanti Allah menguji saya dengan ujian kesuksesan, saya berharap agar Allah tetap menjaga kepala saya tetap tunduk di hadapan orangtua saya. Saya ingin, sampai kapan pun saya tetap bisa menjadi anak yang dibanggakan orangtua saya dan tidak pernah menyakiti hati dan perasaan mereka sedikit pun.
Saya tidak tahu apa yang akan terjadi ke depan. Tapi saya berharap, cerita ini bisa jadi pembelajaran bagi kita semua. Pembelajaran bagi saya juga dan pengingat agar tidak pernah sedetik pun kita berkata kasar atau membentak orangtua kita. Agar kita senantiasa menjaga perasaan mereka. Apalagi di masa tua mereka.
Tadi saya juga sempat melihat satu acara di salah satu stasiun televisi. Di acara itu, ada seorang artis yang curhat mengenai perasaannya kepada ibunya. Namun, kini ibunya telah tiada. Saya bayangkan, andai ibu saya yang tiada, bagaimana perasaan saya?
Saya tidak tahu apakah saya akan cukup kuat menjalani hidup ini jika ibu yang amat sangat saya cintai pergi menginggalkan saya. Bahkan, saya pernah bermimpi seperti itu sebelumnya. Tiga kali. Sehingga tanpa sadar, saya menangis dalam tidur saya. Bahkan, saat terbangun dan sadar itu cuma mimpi, tangis saya tak bisa berhenti. Saya nggak bisa membayangkan hidup saya tanpa seorang ibu.
Saya beruntung karena hingga usia ke 22 ini, saya masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bisa merasakan kasih sayang orangtua saya. Namun, banyak kesalahan yang saya lakukan. Banyak kesempatan yang saya lewatkan untuk membuat orangtua saya bangga, menyenangkan hati mereka dan membalas jasa mereka. Bagaimana jika maut itu datang sebelum saya sempat membahagiakan orangtua saya?
Sudah banyak orang-orang yang bersedih karena harus berpisah dengan orangtuanya. Sudah banyak orang yang kecewa karena belum sempat membahagiakan orangtuanya sebelum orangtua mereka pergi untuk selama-lamanya.
Bagaimana dengan anda? apakah orangtua anda masih ada? Apakah sudah ada sesuatu yang bisa anda berikan kepada orangtua anda? Apakah anda sudah membahagiakan orangtua anda? Apakah anda ingin merasakan penyesalan yang mendalam saat anda ingin melakukan itu semua tetapi orangtua anda telah pergi? Bersyukurlah kawan karena anda masih diberi kesempatan untuk melalui hari bersama orangtua anda. Manfaatkanlah kesempatan ini karena kita tidak tahu sampai kapan kita bisa merasakan kasih sayang mereka dan sampai kapan kita mempunyai waktu untuk membalas jasa mereka. Jangan sampai kita menyesal kemudian.
Untuk saudaraku yang telah ditinggalkan oleh orangtuanya, jangan bersedih. Berdoalah semoga Allah memberikan yang terbaik untuk almarhum/ah orangtua anda. Semoga semua kesalahan dan kekhilafan mereka diampuni oleh-Nya.
Mari lakukan yang terbaik untuk orangtua kita.
Langganan:
Postingan (Atom)